Friday, October 9, 2009

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH, MENGAPA KITA SERING BERBALAH-BALAH....????

Assalamu'alaikum....kepada semua....nak kongsi cerita yang saya perolehi semasa baca online KOSMO....http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp bertarikh 09.10.2009(Jumaat)

DUNIA




Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.



Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.



Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.



Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.



"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.



Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.



Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.



Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.



Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.



Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.



Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.



Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.



Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

di atas adalah petikan daripada Kosmo online...untuk itu cuba la kita fikirkan kembali dan renung serta muhasabahkan la diri kita...mengapa begitu ramai yang berkesanggupan mempelajari ISLAM...sedangkan kita yang telah ISLAM daripada kecil masih lagi terumbang ambing dengan pemahaman yang salah...berapa ramai tersesat dengan ajaran yang memesong akidah..

Kita sering menunding jari pada saudara sendiri, tapi mengagung dan menundukkan kepala kepada musuh yang nyata...lihat la betapa negara palestin dibiar...apa saja tindak tanduk israel kita hanya mampu berforum,...bidas membidas kalangan kita...bincang....apa penyelesaian??????....jawapan xxxxxxxxxxx.....
tapi yang tetap mengalir darah penduduk PALESTIN.......mmmm bersatu la...biar apa pun mazhab dan kefahaman islam kita, yang penting adalah kita diikat dan bersaudara dengan 1 kalimah iaitu syahadah

"Tiada Tuhan Yang Disembah, Melainkan ALLAH S.W.T
Dan MUHAMMAD S.A.W Pesuruh ALLAH

bukan kah itu syarat islam...syarat kita bergelar muslim, muslimah...fikir la berkongsi la kita dengan kepedihan saudara kita di Seluruh dunia..

AL-Fatihah -....(Buat yang telah pergi) semoga roh mereka ditempatkan di  tempat yang mulia dan tinggi...Wa'ALLAHu'alam

Friday, October 2, 2009

MASALAH KOMPUTER DICURI?????DATA PENTING ?????JANGAN RISAU...........ADA PENYELESAIANNYA....

Assalamu'alaikum.......Selamat pagi semua.....

Bertemu lagi kita....intro kata, ramai diantara kita "sudah terantuk baru terjaga" , itu lah peribahasa bagi mereka yang pentingkan keselamatan data...tapi tidak berusaha melindunginya dan mencegah sebelum terkena...dan Bila dah hilang...baru la kusut fikiran..bila lapor ke balai polis kemudian tunggu seminggu tak juga ada jawapan atau penemuan, mula la salahkan Pihak polis tak buat kerja la....kerajaaan salah la...patut kita tunding jari kat diri sendiri....napa cuai, napa boleh hilang....tak perlu la tanya dah jadik pun....:D . So sekarang nak fikir bagaimana nak dapat balik,,,,mmmmmm....susah tu...


Ok Revolusi IT ni dah banyak berkembang terutama di luar negara...cuma kita ni yang tak tau atau buat-buat bodoh...ke takut habis duit nak belanja...benda tak hilang nak belanja apa kan???....nnti hilang baru la...So untuk itu saya ingin berkongsi la dengan korang pasal Software ni  ABSULOTE SOFTWARE Jangan risau aku pun macam korang juga cuma alhamdulillah...jumpa la member tu cerita la pasal nak bawa produk ni kat Sabah...so aku berminat ni la aku bagi serba sedikit copy cerita dari web http://www.absolute.com/ 





Wednesday, September 23, 2009


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog semua. Maaf agak lambat sedikit sekarang dah masuk 4 Syawal 1430H 23/9/2009. Betapa sedihnya meninggalkan Ramadhan yang penuh ke Rahmatan dan ke Ampunan, pada saya Ramadhan la bulan yang ditunggu..kerana bulan itu saya mampu mengawal segala apa jua nafsu yang menjulang naik...Alhamdulillah juga kegembiraan saya menyambut kedatangan Syawal yang penuh dengan kemenangan...di saat ini la saya bertemu sanak saudara, jauh dekat, malah yang tak dikenali...bermaaf-maafan untuk menghapuskan dosa sesama insan.

Ha...nak kongsi la sikit kisah ni memang sering saya fikirkan..Saat pagi Syawal menjelang perasaan masing-masing penuh dengan keinsafan, hening, hiba bercampur baur..selepas solat sunat Aidilfitri kita sekeluarga duduk di ruang tamu yang telah kemas dan dihias cantik...sambil abah dan mama duduk disofa empuk, kami adik beradik datang mengikut barisan, bergilir-gilir memohon kemaafan pada kedua orang tua, suassana hiba..titisan airmata keinsafan berlegar-legar diruangan itu...aku gembira akan hal itu ucapan ku Segala Puji kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.

Namum kesedihan ku berterusan tatkala saat itu hanya la sekadar diSyawal pertama. Betapa sedih hati ini saat keinsafan itu hanya sekejap sahaja. betapa sedih bila ada yang sanggup mengata, mengadu domba pada saat syawal masih lagi berembun..."wah anak saudara kita tu pelihara kucing parsi, sekarang dah balik pokok duit dia jual anak kucing"...aku membalas, " ya kan aku pun mau juga pelihara" namum dipotong " ah kucing yang ada pun ko nda jaga" aku balaas lagi "Jaga cuma kucing tu dah biasa hidup berdikari"...berkata lagi kak ku "ya mana ko mau simpan nnti bau kucing gi...dipendekkan cerita...bila ayat aku "ala kan ada bilik di atas tu yang boleh diguna tempat dapur lama bekas bilik aku juga dulu"...dibalas "ha pandai la ko, tu" aku balas lagi kan ka itu bilik aku..."Ya ini rumah aku..." tersentak aku mendengar seorang kak berkata begitu...masih di awl syawal. mana perginya keinsafan dan maaf-maafan sebelum ni...atau itu hanya drama swasta..mmmmm...aku memang kalu boleh nak cabut ja dari rumah ni....Nak cari rumah sendiri...tapi duit ni sering nda cukup...aku bersabar doa ku dan harapan ku agar cepat lapang dari fikiran ini...memang dia la yang telah bayar dan ubahsuai rumah ni dulu...tak pa akan aku usahakan juga hingga aku dan keluarga ku dapat rumah...InsyaALLAH..

Buat teman yang terbaca , dan mereka-mereka yang membaca blog ini, harapan ku hanyalah 1 ingat la bahawa tak kemana harta didunia, andai terlupa harta akhirat...bukan kah nanti sanak saudara, adik beradik itu yang akan membaca kan talkin..mengurus jenazah kita...membersihkan dan melawat kubur kita?????....andai semua kata-kata itu gurauan alhamdulillah tapi andai kata sindiran sinis untuk kita fikirkan la sendiri...AstaghfiruLLAH...

Sekian dulu cerita di Permulaan Syawal....

"Kenalilah keluargamu sedalam-dalamnya, hingga benar-benar seperti kembar, akan bahagia engkau dunia akhirat,saling berpimpin di titian Sirat"...kata-kata ku sendiri ja...menyedap rasa..